Jawatankuasa Basel Persefahaman_Basel

Jawatankuasa Basel terdiri dari perwakilan dari bank pusat dan pihak berkuasa pengawal (regulatory authorities) bagi negara-negara G10, bersama negara lain (khususnya Luxembourg dan Spanyol). Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa bagi menguatkuasakan cadangan, sungguhpun kebanyakan negara ahli (dan yang lain) cenderung bagi melaksanakan polisi Jawatankuasa Basel. Ini bererti bahawa cadangan dilaksanakan melalui peraturan dan perundangan kebangsaan (atau seluruh Persekutuan Eropah), dan bukannya sebagai hasil cadangan jawatankuasa Basel - dengan itu terdapat tempoh masa terluang antara cadangan dan perlaksanaannya menurut undang-undang pada peringkat kebangsaan.